Monday, June 14, 2010
JaDuaL PiaLa DuNia 2010 di RTM
Monday, May 31, 2010
TaWaKKaL
Sebelum ini... aku melihat dan mengetahui semua orang berkata seperti berikut
"berusahalah.. berdoa... dan kalau sudah berusaha... baru kita bertawakkal"
betul ker kata-kata itu?? itukan tawakkal yang sepatutnyer?? Tawakkal adalah berserah diri kepada Allah... ianya berkaitan dengan hati... dan tawakkal itu juga mempunyai maqamnyer (peringkat) tersendiri.
Bab maqam-maqam tawakkal tidak akan aku ulas. cume aku nak beritahu... kite bertawakkal bukan selepas membuat sesuatu sesuatu usaha... bukan hanya selepas berdoa.... tetapi kite bertawakkal sepanjang masa... ini bererti... kite mengingati ALLAH sepanjang masa... kita berserah kepada ALLAH sepanjang masa... bukan hanya selepas berusaha sahaja...
Marilah kita sama-sama mengingati bahawa.. tawakkal hendaklah sepanjang masa... kita membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat hari ini.... itu sahaja yang aku mampu tulis malam ini.. hehhee.. Wallahua'lam.. sekian.. salam.. :bllg
Sunday, May 02, 2010
SuKaN PaSTi ~ oh mengenangkan ku~
kelmarin aku telah diminta oleh seorang sahabat untuk menjadi pengadil bola sepak bagi SUKAN PASTI... huhu.. minta maaf pada sahabat aku tu kerana datang lambat.. terlepas 4 game. bukan sengaja aku datang lambat.. aku kene hantar emak aku ke semabok.. kerana ader muktamar.. tapi aku bersyukur kerana sempat juga menjadi refree mase 2.. aku jadi refree untuk 4 game.. ingatkan nk jadi refree untuk separuh akhir.. tapi... mase tidak mengizinkan.. telefon berdering2... adik suruh ambil dier dekan MC.. minta maaf kepada kawan aku kerana aku terpaksa balik awal.. dah la datang lambat... balik awal... aperlaa nak jadi....huhh....terima kasih juga pada kawan aku kerana sudi menjemput aku jadi pengadil bola sepak.
melihat sukan PASTi ini.. aku teringat kembali ketika ku kecil.. huhu...~ terkenang sebuah memori lalu....... kisah persahabatan kita bersama.....~ .:bllg
Tuesday, April 13, 2010
SoLaT IsYaK
salam.. aper kaba semua.. alhamdulilah.. kita berjumpa lagi... sekarang minggu study.. jadi ader banyak mase untuk aku menelaah ilmu2 di blog2 terpilih.. sebagai menunaikan janji kepada 'kawan' ku... ini aku postkan entry nii... walaupun x lengkap tp sekurang-kurang dapat memberi ilmu dan pengajaran kepada aku dan penjenguk blog2 ini...
Pandangan kedua pula berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Waktu solat Isyak ialah hingga separuh malam” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.). Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni telah memadankan antara kedua-dua dalil tersebut di mana beliau menegaskan; “Yang utama (yakni yang afdhal) ialah tidak menangguhkan solat Isyak melebihi sepertiga malam. Namun jika ditangguhkan hingga separuh malam hukumnya adalah harus. Adapun selepas itu adalah waktu darurat…” (al-Mughni, 1/275).
Kesimpulannya, menurut mazhab Hanbali dan Maliki; tidak harus kita menangguhkan solat Isyak hingga melepasi sepertiga atau separuh malam tanpa sebarang keuzuran. Di antara bentuk keuzuran ialah;
Secara ringkasnya dalam mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat terbahagi kepada empat;
p/s keterangan ini aku ambil berdasarkan soalan berikut dari blog Ustaz Ahmad Adnan FAdzil
Monday, April 12, 2010
TiDuR Oh TiDuR
salam semua.. aper kabar.. lame dh aku x menulis.. aku nk kongsi sesuatu berkenaan ngan tido.. terima kasih kepada sumber.... hehhee...
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)
Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda:
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi saw bersabda:
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)
Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
(Hr Muslim)
Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir
sumber
Sunday, April 04, 2010
KAbAr ...
hhm... kabar yg menyedihkan itu sampai ke hari ini... test pagi td yang menghancurkan hatiku.. perkara sama setiap test... study.. note. hafal.. tapi dlm dewan.. kosong... x ingt... lupe... padahal soalan mudah jer.. knp aku xleh nk berfikir secara kreatif n kritis lg??.. adakah memory ku semakin lemah.. latihan semua telah d buat... berkali2 aku melihatnyer... tp tetap sama... dimanakah tempatku berkongsi masalah... mybe dengan makan kot... hehe.. hanya dengan mu lah YA ALLAH tempat ku mengadu....
YA ALLAH... AMPUNKAN LAH DOSA HAMBAMU INI.....BAGILAH HAMBAMU INI KEKUATAN MENERUSKAN PENGAJIAN INI SEHINGGA KE AKHIRNYA...
Sunday, March 07, 2010
Khaibar Ya Yahud
Munsyid : Ar-Ruhul Jadid
http://liriknasyid.com
Tunggu saatnya hai yahudi tentara Alloh kan kembali 2x
Kobarkan perang suci bebaskan seluruh negri 2x
Jiwa jiwa pemberani maju meski harus mati 2x
Ingatlah wahai diri syurga Alloh tlah menanti 2x
Tinggalkan semua mimpi berjihad teguhkan hati 2x
Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud 4x
Derap tank senjata berat jangan surutkan langkah 2x
Lontar batu penuh semangat yakin kita takkan kalah 2x
Bom syahid mengguncang bumi tebar takut kaum yahudi 4x
Bebaskan palestina bebas dari durjana
Majulah wahai jiwa jadilah kau syuhada
Friday, February 26, 2010
12 Rabiu'lawal...
Bermula dengan mimpi yang diberikan kepada ibu nabi dan seterusnya cuba di bunuh ketika kelahiran-NYA.... bagaimana bantuan daripada Allah menyelamatkan Nabi dengan menggunakan burung ababil yang menyerang tentera bergajah... mari juga kita melihat bagaimana Rasulullah menerima wahyu daripada Allah di dalam Gua Hira'. Selepas itu.. bertahun lamanya Rasulullah berdakwah kepada kaumnya serta memantapkan akidah orang Islam ketika itu.. peristiwa penghijrahan, perjanjian Hudaibiah dan lain2.., Piagam Madinah.. Peperangan menentang musuh Allah.. sehingga kewafatan baginda.. merupakan satu kamus hidup yang perlu dipelajari oleh umat Islam sekarang sekaligus menerapkannya dalam gaya hidup sebagai seorang muslim. Inilah yang dikatakan sunnah Rasulullah. Segala perbuatan Rasulullah merupakan ibadah bagi kita. ~Ya Allah.. Bagilah aku kekuatan untuk melakukan sunnah Rasul mu, Ya Allah~
marilah kita sama menerapkan gaya hidup yang dibawa oleh Rasullullah... tidak boleh semua.. ambillah sedikit... jangan kite meninggalkannya terus... Umat Islam sekarang kene bijak... daripada Sirah Nabi.. banyak ilmu yang kita boleh dapat.. contohnya... semasa kelahiran Nabi, tentera bergajah di tewaskan oleh Burung Ababil yang membawa batu panas ( tak silap aku dari neraka). bila diadaptasikan pada zaman sekarang.. burung ababil jadi jet pejuang dan gajah jadi kereta kebal.... inilah ilmu yang di ambil oleh orang-orang kafir kerana Umat islam tidak nampak keistimewaaan Nabi Muhammad s.a.w. marilah kita sama muhasabah diri dengan melakukan sunnah2 nabi dan seterusnya menegakkan syiar Islam dibumi Allah ini... : bllg
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Friday, February 19, 2010
BeZaKaN .....dan.. FiKiRKaN.....lah..
Firman Allah yang bermaksud:
hhmm.. arini.. memang pelik.. aku tak taw kenapa... kenapa ramai umat Islam terutamanya di Malaysia berfikiran kolot?? jumud??? perkara yang wajib mereka tak nak buat.. tapi yang tak wajib lak.. diorg nak buat.. kenapa??? perkara yang x wajib 2 lak yang mereka uar2kan.. perbesar2kan.. kenapa??? inikah mentaliti umat Islam zaman sekarang??? kalau itulah mentalitinya.. memang boleh diketagorikan sebagai JUMUD..... hahhaa...
inilah yang berlaku di Pulau Pinang,... berkenaan perarakan Maulidur Rasul... wajib ker perarakan 2?? kalau tak buat?? aper yang berlaku??? Tsunami ker?? Allah murka ker?? inilah masalah umat Islam di Malaysia... bende yang x wajib.... dipertahankan bermati-matian... rasenyer ramai yang tak faham erti sebenar Maulidur Rasul... bagi aku la... perarakan x penting.. tapi pengisian 2 penting.. kalau boleh kurangkan ceramah tapi lebih kan kepada praktikal.. mean... buat beramai2 sunnah-sunnah Nabi... cara itu lagi bagus... tunjukkan pada masyarakat sunnah Nabi... supaya orang ramai dapat merasainyer dan mengetahuinyer.. Insyallah.. lama kelamaan.. akan ader yang mengamalkan nyer... kalau buat ceramah.... ramai yang tido dari yang mendengar... tapi ramai lagi apabila keluar majlis.. comfrm tak ingat isi ceramah yang disampaikan... perarakan pulak...biasenyer.. yang berselawat di barisan hadapan.. tibe tengah2 sampai belakang... majoriti berjalan jer... ramai yang bercakap dari berselawat.. berjalan membawa sepanduk... itujer.. tak nampak pengisiannyer... dapat penat berjalan jer...
Cube bandingkan dengan perkara wajib.. mereka2 yang bising tentang perarakan Maulidur Rasul... tidak bising untuk Hukum Hudud.. padahal.. hukum merupakan hukum yang diturunkan oleh Allah... alangkah gembiranyer aku kalau mereka turut bising supaya kerajaan melaksanakan Hukum Hudud... aku tak faham.. kenapa mereka tentang.. Di Johor.. sistem sekolah agama mereka.. ader subjek hukum iaitu Jenayat.... mereka mempelajari bersama2 Faraid, Munakahat, dan lain2.. terang2 dlam kitab 2 menerangkan Hukum2 Allah... Hudud, Qisas dan Ta'zir... tapi.. kenapa masih ramai lagi yang menentang nyer... hmm... adakah mereka belajar untuk sijil??? untuk lulus Darjah Khas?? atau untuk ilmu dunia dan akhirat???....
marilah sama2 kite fikirkan... dan bertindak... aku berharap... kite janagn sempitkan pemikiran kite dengan amalan2 yang dah biase dilakukan di negara ini... semoga aku dan anda semua mendapat manfa'at daripada peristiwa ini.. sekian...:bllg
Wednesday, February 17, 2010
Tuan Guru menyelamatkan Insan daripada lemas
bangun pagi tadi.. aku menyelongkar website2 dan blog2 di alam maya ini... dan terjumpa lah... satu berita yang amat mangharukan aku... bagaimana seorang ulama' yang terkenal menyelamatkan seorang insan yang hampir lemas di laut... bagaimana seorang yang di panggil "ketua" mendahulukan diri nyer untuk menyelamatkan insan tersebut dari menuruh anak2 buahnya... inilah contoh yang kite perlu ikuti... beliau ialah Dato' Seri Abdul Haji Hadi Awang... mantan menteri besar Terengganu dan Presiden PAS... beliau merupakan salah seorang tokoh ulama' yang aku kagumi.... seorang tokoh yang memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini...
semua maklumat ini aku dapat dari facebook muhamad hanafiah ismail. beliau dikatakan berada disitu semasa kejadian berlaku..
mari kita sama2 mendoakan beliau semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.:bllg
Monday, February 15, 2010
MaJLiS MenDiRiKaN MaSJiD
huhu.. aper pun... tq pada semua yg menjayakan majlis tersebut... hehe.. tp nmpak mcm sedar2 aku x rmai lak.. huhu.. yela kan.. diorg ni rmai kecik2 lg.. 2 yg x nmpak lg.. bile dh besar nnti.. baru nmpak.. huh... tengak la gamba di bwah ni... gamba2 yang sempat aku ambil... huhu....
okla... sampai disini sahaja aku tulis.. aper pun.. selamat pengatin baru kepada DAYAH dan AMIR.. semoga hubungan mereka mendapat keredhaan Allah swt. AMINN....:bllg