Saturday, May 30, 2009

ilmu baru!!


salam semua.. salam sejahtera.. dah lame aku tidak tulis dalam blog aku ni.. hehhe... almaklumler cuti masih panjang lagi.. penat bekerja... hahhaa... artikel Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur, aku dh pindahkan ke blog anakbelalang... saper2 nak bace.. pagiler kat citu... aku silap post ari 2... hehe.. ingatkan semalam aku nak gune internet.. tapi kenderaan ku digunakan oleh kkak aku pergi program di sekolah... haha.. mentang2 cikgu gstt.. kejer banyak ar... aku je yang x dpat.. hehe...

arini aku nak kongsi ilmu sikit... saper nak taw????.... ilmu yang aku dapat dari kuliah malam jumaat kelmarin... ilmu ni berkenaan dengan solat... kite di wajibkan solat walau apa cara sekali pun walaupun kene telanjang...(ilmu xleh malu2..hehhe...) betul x? kalau salah bagitaw aku... keadaan nyer apabila pakaian kite kene najis dan kite xder air nak basuh najis tersebut (seperti dalam penjara), jadi.. kite kene solat tanpa berpakaian kerana solat itu satu tuntutan... dan solat tersebut tidak payah nak ganti2 lagi... kite x boleh solat dengan pakaian yang ader najis... dan kite xleh gak tinggalkan solat walaupun dalam penjara... hhuhuhu... macam mner?? ader paham???

sesi kedua lak... ustaz terangkan kelebihan majlis ilmu atau majlis zikir... majlis ilmu adalah majlis yang mner ader menyebut berkenaan Al-Quran, Rasulullah, hadis dan ilmu Islam yang lain... saper2 yang menghadiri majlis ni akan dapat pahala yang besar dr Allah.. walaupun seseorang itu baru buat kejahatan o maksiat.. lalu dia menghadiri majlis ilmu... dia pun akan dapat ganjaran yang sama... hhmm.. kat cni kite bleh tengak betapa besarnya ganjaran orang yang pergi ke majlis ilmu... hehhee... aku agak malas.. kat kamgpung je rajin... hahhaha..

huhu.. itu je kot yang aku nak tulis minggu ni... x taw nak tulis aper lagi.. kalau ader idea aku sambung.. semoga kite dapat manfaat dari aper yang aku tulis ni.. sekian.. wallua'lam...:bllg



Monday, May 25, 2009

Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur


Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan..


"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. - lanh _


sumber



Friday, May 22, 2009

TTIIDAAKKK!!!......Ir Nizar..

salam sejahtera semua.. aper kabar... salam sedih dari aku kepada rakan-rakan seperjuangan di PERAK... aku baru dapat berita yag menyedihkan... DS Ir Nizar kalah dalam court lawan zambry... aduh... aper ler nk jadi dengan mahkamah negara kita ni... dh ler tangguhkan keputusan sehari... hahaha.... sedih aku dengar berita ni... huhuhu... aper leh buat.... dh xder rezeki Nizar nak memerintah....hhhmmm aper pun aku nk ingtkan supaya sentiasa berjuang x kira kalah atau menang.. kalau menang ianya satu rahmat dan kalau kalah lak.. ianya satu ujian dari ALLAH yang ESA.... TAKBIRRR!!!

aku bukan nak berpolitik sangat... tapi baru berjinak2... hehe... kes di perak ni special skit.. aku yang x taw pasal undang2 pun bile bace... aku paham aper maksudyer... hhmm... 2 ler... pelik-pelik.... xper... aku dengar klau kalah kes ni akan di bawa ke antarabangsa.. di bawa dalam persidangan ahli-ahli parlimen negara komenwel kot... rasenyer ler.. hehehe... lagi pun peguam Nizar kate akan buat rayuan di mahkamah tertinggi negara iaitu mahkamah perseketuan..... jgn mengaku kalah... hehhee

aku kecewa dengar keputusan ini... walaupun aku dh boleh agak aper yg akan berlaku... semuanya hanya mainan.... hahaha.... emosinya aku hari ini.... ntahler.. dari semalam aku emosi berlebihan skit.. hehe... x taw kenapa..:bllg


Sunday, May 17, 2009

GURU..... sebatang lilin...


salam sejahtera semua..... apa kabar.. dh lama aku x jenguk blog aku ni... update lg ler... huhu... sekarang musim cuti... jadi.. aku duduk gumah je ler.. wat kejer yang boleh mendatangkan duit... hahahaha... musim cutilah musim yang borink bg aku.. x taw nak wat bende... kejer yeler sekarang... tp duit x dapat lagi..hehe.. ni pun aku ngah download prison break... klau x.. x datang ler aku kt cc ni...

tapi sebelum 2.. aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 yang berada di dalam di atas muka bumi ni.. hehe... x kisahlah di iktiraf o x... janji guru yang mengajar anak2 muridnya dengan penuh keikhlasan dan dengan semangat profesion keguruan... (x termasuk guru yang mengajo wat dosa).... aku ucapkan semoga guru2 bersemanagat meneruskan perjuanagn mendidik anak bangsa mengenal erti sebenar dunia yang nyata ini....

setinggi-tinggi penghargaan kepada guru2 ku yang mengajo ku dari sekolah tadika sehingga sekarang... hanya ALLAH yang bolah membalas jasa baik anda....

TERIMA KASIH GURU2 KU....

PASTI DARUL ISLAM.....

S.K. BUKIT BERUANG......

S.K. SRI PERANI......

S.M.K. TUN HABAB.....

S.M.T. MELAKA TENGAH.....

UTHM......


hehhe..... huh... aper nak tulis eh.... tadi kat gumah... bnayk lak idea nak tulis.. tibe kt cc lak.. x taw nak tulis aper... kene makan ginkgo gigola kot... hahahaha... sekarang ni mcm2 cite... psl virus la... itu lah.. ini lah....(YA ALLAH.. HINDARILAH AKU DARI PENYAKIT2 INI).... daa....