Monday, January 31, 2011

Mesir.... bagaimana akhirnya ??









Selepas kemenangan kebangkitan rakyat di Tunisia, kini kebangkitan tersebut makin berjangkit ke jiran-jiran negara arab yang lain. Algeria makin bergelora walaupun tidak segelora Mesir. Mesir negara yang terkenal dengan universiti yang mengeluarkan cendiakawan-cendiakawan Islam mula bergolak. Rakyatnya bangkit menentang presiden Hosni Mubarak. Menentang sekutu kuat Israel yang pastinya semasa ketiadaannya nanti boleh menyelesaikan banyak masalah. Terutamanya pintu masuk ke Wilayah Palestin. Rakyat-rakyat yang menentang meneruskan perancangan mereka sehingga dapat menghalau presiden yang telah memerintah selama 30 tahun. Perjuangan mereka tidak boleh berpatah balik dan perlu di teruskan sehingga berjaya.

Adakah semangat ini akan berlanjutan sehingga ke Malaysia ?? He.. hehe..

Aku berdoa semoga rakyat-rakyat mesir mendapat keadilan yang sepatutnya mereka dapat. amin... Disini aku postkan beberapa gambar yang aku ambil dr blog pinkturtle2 (TQ yer.. ). Melihat gambar-gambar ini boleh membuatkan aku menitiskan air mata. Inilah aqidah umat Islam yang sebenar, walau apapun yang berlaku, solat perlu dilaksanakan walaupun di tengah jalan raya yang dilalui kereta kebal. Inikah petanda kebangkitan ISLAM?? Insyallah....















2 comments:

  1. saya baru tahu berkenaan berita ni hari ni.. masih lagi kurang faham hujung pangkal apa punca gelora ni..

    kita memang patut contohi diorang ni, jaga solat

    ReplyDelete
  2. ini semua berpunca dari pemerintah.. Presiden mereka telah memerintah selama 30 tahun.. teramat lame.. lg pun presiden mereka sekutu Israel dan Amarika... mereka menetup sempadan dengan palestin...

    ReplyDelete