Tuesday, November 20, 2012
Majlis Perasmian ~kursus Induksi~
Monday, November 19, 2012
Taiping....~
Apa kaba semua... Huh... Taiping menjelma kembali... yaa.... sampai dari Sabah ari kamis.... duduk2 di rumah abeskan duit.. hehhe... naik. Bas.... pas2 lrt.... pas2 teksi... perrgh.. bru sampai ke tmtc kl... xder laaa cntik sngt... same jer mcm kuater BB aku duduk dlu. Kuaters 2 lg lawa kot.... hehhe... ada track padang lagi... menginap 1 malam dan baru bertolak ke taiping esoknyaaaaa... OOOoohhh... Taiping~2nd time dtg sni... huhu...
Pemandangan dari tgkt 20 tmtc kl
Huh... tadaaaa.. : bllg
Monday, January 31, 2011
Mesir.... bagaimana akhirnya ??
Selepas kemenangan kebangkitan rakyat di Tunisia, kini kebangkitan tersebut makin berjangkit ke jiran-jiran negara arab yang lain. Algeria makin bergelora walaupun tidak segelora Mesir. Mesir negara yang terkenal dengan universiti yang mengeluarkan cendiakawan-cendiakawan Islam mula bergolak. Rakyatnya bangkit menentang presiden Hosni Mubarak. Menentang sekutu kuat Israel yang pastinya semasa ketiadaannya nanti boleh menyelesaikan banyak masalah. Terutamanya pintu masuk ke Wilayah Palestin. Rakyat-rakyat yang menentang meneruskan perancangan mereka sehingga dapat menghalau presiden yang telah memerintah selama 30 tahun. Perjuangan mereka tidak boleh berpatah balik dan perlu di teruskan sehingga berjaya.
Adakah semangat ini akan berlanjutan sehingga ke Malaysia ?? He.. hehe..
Aku berdoa semoga rakyat-rakyat mesir mendapat keadilan yang sepatutnya mereka dapat. amin... Disini aku postkan beberapa gambar yang aku ambil dr blog pinkturtle2 (TQ yer.. ). Melihat gambar-gambar ini boleh membuatkan aku menitiskan air mata. Inilah aqidah umat Islam yang sebenar, walau apapun yang berlaku, solat perlu dilaksanakan walaupun di tengah jalan raya yang dilalui kereta kebal. Inikah petanda kebangkitan ISLAM?? Insyallah....
Friday, January 28, 2011
Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
---------------------------------------------------------------------------------------------Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Wednesday, January 26, 2011
Doa Wehdah
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون
لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون
لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده
فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت
بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير
الله أكـــبر
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan
Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar
Monday, June 14, 2010
JaDuaL PiaLa DuNia 2010 di RTM
Monday, May 31, 2010
TaWaKKaL
Sebelum ini... aku melihat dan mengetahui semua orang berkata seperti berikut
"berusahalah.. berdoa... dan kalau sudah berusaha... baru kita bertawakkal"
betul ker kata-kata itu?? itukan tawakkal yang sepatutnyer?? Tawakkal adalah berserah diri kepada Allah... ianya berkaitan dengan hati... dan tawakkal itu juga mempunyai maqamnyer (peringkat) tersendiri.
Bab maqam-maqam tawakkal tidak akan aku ulas. cume aku nak beritahu... kite bertawakkal bukan selepas membuat sesuatu sesuatu usaha... bukan hanya selepas berdoa.... tetapi kite bertawakkal sepanjang masa... ini bererti... kite mengingati ALLAH sepanjang masa... kita berserah kepada ALLAH sepanjang masa... bukan hanya selepas berusaha sahaja...
Marilah kita sama-sama mengingati bahawa.. tawakkal hendaklah sepanjang masa... kita membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat hari ini.... itu sahaja yang aku mampu tulis malam ini.. hehhee.. Wallahua'lam.. sekian.. salam.. :bllg
Sunday, May 02, 2010
SuKaN PaSTi ~ oh mengenangkan ku~
kelmarin aku telah diminta oleh seorang sahabat untuk menjadi pengadil bola sepak bagi SUKAN PASTI... huhu.. minta maaf pada sahabat aku tu kerana datang lambat.. terlepas 4 game. bukan sengaja aku datang lambat.. aku kene hantar emak aku ke semabok.. kerana ader muktamar.. tapi aku bersyukur kerana sempat juga menjadi refree mase 2.. aku jadi refree untuk 4 game.. ingatkan nk jadi refree untuk separuh akhir.. tapi... mase tidak mengizinkan.. telefon berdering2... adik suruh ambil dier dekan MC.. minta maaf kepada kawan aku kerana aku terpaksa balik awal.. dah la datang lambat... balik awal... aperlaa nak jadi....huhh....terima kasih juga pada kawan aku kerana sudi menjemput aku jadi pengadil bola sepak.
melihat sukan PASTi ini.. aku teringat kembali ketika ku kecil.. huhu...~ terkenang sebuah memori lalu....... kisah persahabatan kita bersama.....~ .:bllg
Tuesday, April 13, 2010
SoLaT IsYaK
salam.. aper kaba semua.. alhamdulilah.. kita berjumpa lagi... sekarang minggu study.. jadi ader banyak mase untuk aku menelaah ilmu2 di blog2 terpilih.. sebagai menunaikan janji kepada 'kawan' ku... ini aku postkan entry nii... walaupun x lengkap tp sekurang-kurang dapat memberi ilmu dan pengajaran kepada aku dan penjenguk blog2 ini...
Pandangan kedua pula berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Waktu solat Isyak ialah hingga separuh malam” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.). Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni telah memadankan antara kedua-dua dalil tersebut di mana beliau menegaskan; “Yang utama (yakni yang afdhal) ialah tidak menangguhkan solat Isyak melebihi sepertiga malam. Namun jika ditangguhkan hingga separuh malam hukumnya adalah harus. Adapun selepas itu adalah waktu darurat…” (al-Mughni, 1/275).
Kesimpulannya, menurut mazhab Hanbali dan Maliki; tidak harus kita menangguhkan solat Isyak hingga melepasi sepertiga atau separuh malam tanpa sebarang keuzuran. Di antara bentuk keuzuran ialah;
Secara ringkasnya dalam mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat terbahagi kepada empat;
p/s keterangan ini aku ambil berdasarkan soalan berikut dari blog Ustaz Ahmad Adnan FAdzil